Informasi Sukan Malaysia

Keputusan Penuh F1 GP Belgium 2014

Keputusan Penuh F1 GP Belgium 2014
Keputusan Penuh F1 GP Belgium 2014 | Pelumba Red Bull, Daniel Ricciardo meraih kemenangan ketiganya pada musim ini apabila menamatkan perlumbaan di tempat pertama di Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Belgium pada Ahad.
Ricciardo mendahului pencabarnya Nico Rosberg (Mercedes) dengan 3.3 saat dalam perlumbaan di litar Spa-Francorchamps di Spa.
Beliau juga merampas kedudukan pendahulu daripada seorang lagi pelumba Mercedes, Lewis Hamilton.
Hamilton membuat permulaan dengan baik dan terus mendahului perlumbaan. Beliau berada di depan hingga lap pertama berakhir, disusuli Rosberg, Sebastian Vettel (Redbull) dan  Fernando Alonso (Ferrari).
Perlumbaan sepatutnya menyaksikan persaingan satu lawan satu antara Hamilton dan Rosberg tetapi berakhir apabila Rosberg memintas rakan sepasukannya secara agresif. Ini menyebabkan Hamilton kehilangan kedudukan di hadapan.
Di depan, Ricciardo mulai mendekati Rosberg. Pelumba Mercedes itu kemudian hanya mencatatkan kedudukan kedua di akhir perlumbaan.
Kemenangan ketiga Ricciardo di GP Belgium selepas kejuaraannya di GP Kanada dan GP Hungary, masing-masing pada Jun dan Julai lalu - mStar online
Leaderboard - LiveStart+/-
1
 Daniel Ricciardo - Red Bull
5+4
2
 Nico Rosberg - Mercedes
1-1
3
 Valtteri Bottas - Williams
6+3
4
 Kimi Raikkonen - Ferrari
8+4
5
 Sebastian Vettel - Red Bull
3-2

Tag : F1
0 Komen untuk "Keputusan Penuh F1 GP Belgium 2014"

Back To Top